10.27.2013

Balinese BFF

Assalamualaikum...

2013 is now officially my holiday madness! Bila aku dah mula pergi melancong ke sana ke mari..rasa tak boleh berhenti pulak...rasa nak melancong jer..macam mana nak stop ni yer? Tak boleh dibiarkan berlarutan ni...bahaya..hehe!

This time i went to BALI..sebab apa aku pilih Bali, sebab nak tau kenapa orang baru kahwin suka datang honeymoon kat Bali, kenapa mat saleh suka datang surfing kat Bali..ape yang best sangat kat Bali ni kan? Plus my Dior BFF pun nak sangat holiday kat sini...and kebetulan kitorang dapat harga tiket penerbangan yang boleh dikategorikan murah which is RM209 for Air Asia return ticket..walaupun masa tak berapa nak mengizinkan kitorang untuk berada lebih lama di Bali, tapi kitorang enjoy all our time in Bali..meh i story mory kat uolllss ape aktiviti kitorang kat Bali..

Let's Go!
We arrived Ngurah Rai International Airport lebih kurang jam 2.30 ptg, after 2 hours 55 minutes enjoying Allah's beautiful blue sky..(i love clouds too much :P). Waktu di Bali dan waktu di Malaysia sama sahaja, cume waktu terbit dan terbenam matahari sahaja yang berbeza...lebih kurang macam Sabah & Sarawak la..

Touch down with a view of beautiful beach..can't wait to explore Bali! Oh My Gucci! :P

BALI DAY 1

After one hour queuing for immigration & reach Bapak Wayan, our tour guide for the whole trip..at last we on the wheels to rock out Bali! Yeaaaayy! Sebelum tu Bapak Wayan bawa kami ke masjid, untuk solat jamak Zohor & Asar, barulah lega hati kami nak jalan-jalan kat Bali ni..oh yaaaa, lupain mauk perkenalkan Bapak Wayan pada uoollss..hehe! Bapak Wayan ni recommended by my BFF Nicak Lisa 's brother, Ayul..sebab dia honeymoon kat Bali somewhere in March, Bapak Wayan ni beragama Hindu...kata Ayul Bapak Wayan ni baguuuuuuusss bangat! suka canda (bergurau senda) ajaaa...memang asyik gelak jek dalam kereta..Bapak Wayan memang suka buat lawak antarabangsa dia..hehe!

Lepas usai solat, kami terus memulakan langkah pertama, destinasi pertama kami yang wajib pergi bila melancong ke Bali....TANAH LOT! Tanah Lot Temple atau Pura Tanah Lot ni adalah salah satu hindu temple yang terkenal di Bali, pura tu maksudnya temple...menurut Bapak Wayan seluruh pulau Bali ni dipagari dengan Hindu Temple..so, konon-kononnye tuhan-tuhan hindu ni jaga pulau Bali..camtu la lebih kurang..memang seluruh pulau Bali ni banyak sangat hindu temple...kan best kalau semua hindu temple tu adalah muslim masjid...kan?

Peta Bali - Ehsan dari Google Images
Nampak tak kat mana Tanah Lot? menghadap indian ocean...kat Tanah Lot aku tak masuk pun temple tu, aku kan muslim ;) ada pelancong yang masuk jumpa sami kat situ minta blessing...macam mana & apa diorang buat untuk minta blessing tu korang jangan tanya aku sebab aku memang tak nak tau..hehe kat sini view sunset nya yang mahal...memang Subhanallah cantik..ombaknya pun kuat..so, memang feeling habis layan ciptaan Allah..

Pura Tanah Lot


Tanah Lot Temple
Ombak Kuat, Ombak Cantik, Ombak Awesome, Angin pun awesome...so Alhamdulillah! ;)
Sambil layan sunset, kite pekena jus alpokat (jus avocado)

S.U.B.H.A.N.A.L.L.A.H
Di Bali, Jus Alpokat atau Jus Avocado memang sangat terkenal, hampir semua kedai makan ada Jus Alpokat dalam menu mereka. So, rugi kalau tak cuba rasa sebab memang sedap! Cuma kat Tanah Lot ni harganya mahal --> IDR18,000 = RM5.00. Kalau kat tempat lain mungkin lagi murah, cuma kat sini jus dia betul-betul pekat dan sedap! So, tak rasa rugi..

Ombak Oh Ombak!
Terbentuk akibat hakisan air...
Some cool stuff!
Bila dah terbenam matahari, kitorang pun beransur pulang bak itik pulang petang..hehe! Badan pun dah penat & rimas..tapi sebelum tu kite layan makanan yang best kat Bali ni dulu..pusing punya pusing punya pusing punya pusing...berapa kali pusing, berapa kali punya pun tak tau daaaa...kami pun jumpa restoran makanan halal..memang agak susah kalau tak tau area mana yang ada makanan halal sebab kebanyakan kedai orang Bali menyediakan masakan haiwan berlubang hidung besar & berekor pendek berpintal-pintal iaitu ba alip ba ya...heee...yang jual makanan halal biasanya orang jawa indonesia sebab mereka beragama islam, orang Bali beragama hindu..kalau nak cari restoran makanan halal, area Kuta & Denpasar memang mudah dijumpai berbanding tempat lain..

Disebabkan Bapak Wayan tak pernah ke Restoran yang agak famous di kalangan pelancong muslim iaitu Restoran Ayam Bakar Wong Solo (mungkin Bapak Wayan biasa bawak pelancong bukan islam), kami jumpa Rumah Makan Taliwang Bersaudara yang terletak di Jalan Raya Kuta...apa yang aku boleh bagitau, ayam bakar dia memang super awesome! sedap & pedas sangat! mencabar kewibawaan betul nak tahan pedas tu tapi memang sedap dan tak puas!

Rumah Makan Taliwang Bersaudara
Ayam Bakar & Sambal dan Terung Plecing yang sedap teramat!
Perut dah kenyang, hati pun senang, badan pun dah nak melayang, mata pulak terbayang-bayang katil melambai-lambai...hehe! Kami check-in dan collapse! Nak kumpul tenaga untuk Day 2 yang lebih hectic pulak! ;)


BALI DAY 2

Everyday Smart Hotel
Ini lah tempat kami beradu..hotel ini murah dan selesa walaupun kami bertiga duduk satu bilik...katilnya besar..murah pun murah..hanya RM168 untuk 2 malam..not bad kan share 3 orang..jimat! untuk tidur, mandi & solat jer pun...oh yeee, and to make sure our gadgets fully charged for the whole day! Tips berguna untuk anda-anda yang nak ke Bali, jangan lupa bawa international adapter sebab plug dia tak sama dengan Malaysia..sebab aku sorang jer yang bawa, kami terpaksa bergilir-gilir charge..plug ada 3 tapi still 1 jer boleh guna..

E for Eggs, E for Energy
Ape yang lawak pagi tu, disebabkan kami ingat waktu di Bali awal sejam, kami turun pukul 6.30 pagi sebab kami ingat breakfast start jam 7..bila kami turun staff hotel cakap breakfast start jam 8..ok, fine..bila dah pukul 8 kami lagi pusing kenapa yaaa breakfastnya ndak start lagi...rupenye tak payah tolak sejam la weh! same jek dengan waktu Malaysia...aduhaiiii!!!! Conclusionnya, pagi tu kitorang turun pukul 5.30 & masa kami sedar, jam baru pukul 7.30 dan kami kene tunggu setengah jam lagi untuk breakfast...total waiting hour = 2 hours and a half...aduhaiii!!! Baik sambung tidur tadi! Ciss~ Tak pe la, bak kata Bapak Wayan, kalu mau tidur di Malaysia ajaa, di Bali rugi matanya ditutup walau sesaat..haha!

Selepas isi perut, Bapak Wayan pun sampai untuk bawa kami ke destinasi seterusnya untuk hari kedua..iaitu Kintamani, the place i wanted to go! Yeaayyy! Dalam perjalanan ke Kintamani, Bapak Wayan bawa kami pergi nonton Barongan Dance..Barongan Dance ni ade unsur2 agama hindu punya sejarah laa...katanya pertarungan antara dewa jahat dan dewa baik yang juga diiringi dengan muzik tradisional yang mengasyikkan...laayyaaannn jek pementasan diorang ni...tengok orang bali berlakon (dan usha mat sale-mat saleh handsome..hikhik)

Barongan Dance yang xberape nak dance


Diorang cucuk diri sendiri dengan keris utk buang sifat jahat kononnya..
 Okeh, dah settle tgk teater..kitorang sambung misi ke kintamani, Bapak Wayan bawa lagi singgah Pusat Percetakan Batik & Batik Painting pula..it's a so-so to me sebab sebelum ni aku dah pernah tengok di Malaysia plus am not really interested...hik! Souvenir pun mahal bangat di sini...but maybe worth it sebab percetakannya berkualitas sekali..hehe!

Next, we drop by Rempah Ratus Bali...tempat ni more to ladang rempah ratus & coffee Bali..haa...yang ni menarik! Di sini kami dibawa bersiar-siar di kebun rempah ratus.

Pokok Vanilla!

Cinnamon Tree!

Lepas tu kami dapat tengok macam mana mereka hasilkan serbuk kopi dan kami dapat cuba rasa pelbagai jenis rempadah cuba 13 jenis kopi dan teh yang berlainan perisa..

The Coffees & Teas
Di sini juga ada kopi yang istimewa iaitu Luwak Coffee..luwak bermaksud musang..kat sini siorang bela musang yang diberi makan buah kopi..musang tu hanya makan kulit kopi sahaja, biji kopi akan dikeluarkan dari badan melalui proses penyahtinjaan..atau pun dalam bahasa mudahnya, poops! hehe! so, semua poops si luwak ni akan ditapis, biji-biji kopi akan dibasuh, dibersihkan, kemudian dijemur hingga kering sebelum disangai (digoreng dalam kuali kering) dan proses terakhir adalah ditumbuk hingga menjadi serbuk...

Si Luwak
Biji kopi dijemur, disangai & ditumbuk hingga menjadi serbuk

Perbezaan Luwak Coffee & Bali Coffee boleh kenalpasti melalui bau, Luwak Coffee lebih sedap aromanya berbanding Bali Coffee @ kopi biase...si Luwak bijak memilih biji kopi..disebabkan itulah, aromanya lebih sedap..kerana biji-biji kopinya berkualiti..

Bali Coffee VS Luwak Coffee

Luwak Coffee waiting for the drinker :)
Aku tak cuba pun luwak coffee ni sebab aku geli..hehe! Lepas dah test kopi, kami ambil-ambil gambar, membeli sedikit kopi & menyambung perjalanana kami ke Mount Batur, Kintamani.

Oh Tak Sabar!

On the way to Kintamani, tiba-tiba jalan jem...rupanya ada upacara keagamaan...diorang berarak ramai-ramai..

U.P.A.C.A.R.A


Akhirnya, here we are.....

They are ready to sell the souvenirs at Kintamani
It's Mount Batur, Kintamani!
Having a breathtaking view while having lunch
Di Batur Sari Restaurant ni, makanan nya emangnya halal la...muslim food dan juga ada surau, kami sempat solat jamak di sini..tandas nya pun sangat bersih dan selesa. Cuma rasa makanannya tu kureng..walaupun buffet tapi tak berapa sedap..kata Bapak Wayan, di tempat-tempat pelancongan macam ni, biasanya diorang charge harga pemandangan, view yang cantik tu..camtu laa...

Bye Mount Batur!

Kalau dah ke Kintamani, memang wajib singgah Tegallalang Paddy Terraces sebab view dia yang cantik...hijau saujana mata memandang! Terapi mata...

Tegallalang Paddy Terraces
Souvenir shops!
Barongan Mask & Pinocchio puppets
Crystal decorations!
Ok, thats it...jom layan sunset lagi...sunset kat Bali ni cantik bangat!

Kuta Beach, Bali
SUNSET
Malam tu, kami menapak ke Warung Pak Hadi, Halal Chinese Seafood & Grilled di Kuta..

CLOCKWISE --> |Siakap Masak Pedas|Sup Tomyam|Terung&Tempe Goreng|Udang Masak Butter|Plecing Kangkung|Jeruk Timun|
Warung Pak Hadi ni pun ada sediakan Musholla untuk para tetamu muslim...Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami untuk mencari makanan halal di Bali..walaupun misi untuk makan di Restoran Ayam Bakar Wong Solo tidak kesampaian...tak apa, mungkin lain kali ada rezeki...dapat makanan yang aku yakin halal pun dah kira syukur Alhamdulillah...memang sebelum datang ke Bali aku berdoa banyak-banyak supaya dipermudahkan urusan di tempat yang aku bayangkan banyak jin sebab ada banyak kuil hindu dan makanan ba alip ba ya yang bersepah-sepah orang jual...hehe!

Ok, end of day 2..


BALI DAY 3 ~ LAST DAY

Hari terakhir kami dimulakan dengan sarapan pagi yang menyelerakan di Everyday Smart Hotel..

Nasi putih + sayur terung masak lemak + su'un goreng + kentang dan pedal masak kicap + cut fruits + orang juice
 Hari terakhir kami tak lain dan tak bukan misi mencari souvenir...kami dibawa Bapak Wayan ke Rama Krishna Ole-Ole Khas Bali...kataya di sini lah paling murah..memang aku setuju paling murah tapi barang-barangnya tak berapa nak sejiwa dengan aku yang suka barang unik-unik & rare & jarang dijumpai...hampir 1 jam aku pusing, bakul ak masih kosong..haha..tapi aku sempat pilih 3 lukisan bunga tulip..dan akhirnya aku beli la bodyscrub, kekacang Bali & Pie Coklat dan Kacang Hijau Singaraja...2 jam di sini cukuplaa...kapal terbang dah tunggu dah tu..hehe

Sempat lagi Mbak Nisak berposing dengan aweks di Krishna
Bapak Wayan mau nangissssss! haha!
Ok, babai Bapak Wayan..nak promote sikit lah kat sini...kalu nak ke Bali memang berbaloi dapat tour guide macam Bapak Wayan sebab senang berdiskusi nak ke tempat-tempat di Bali, orang nya jujur, kalu ndak sempat dia akan bagitau dan jadual nya di adjust semula, dan sepanjang perjalanan juga dia asyyyiikkk sekali bercanda...hahahah! tak ada lah bosan jer kan sepanjang perjalanan...kalau nak contact Bapak Wayan Suwastika boleh whatsapp dia +6281916673580.

 Ok, here's an important reminder for those who wanna visit Bali, you guys have to make sure that before you reach airport on your last day in Bali, each and everyone of you MUST have in CASH of IDR150,000 for the AIRPORT TAX. RUPIAH ONLY! 
Airport Tax
Ngurah Rai International Airport
Di kesempatan ini nak puji sikit Airport Ngurah Rai ni...sikit jek tak banyak..hehe! The idea to display how long it takes for you to reach your gate is clearly state on the signage..so, boleh agak la jauh mana and kalau agak-agak dah terlambat tu lariii la apa lagi..hehe!

Jom balik Malaysia!
I dont want Chicken Rice! I want Roast Chicken!
Actually, banyak lagi tempat-tempat yang aku tak sempat nak pergi..kalau ke Bali at least 5 hari baru korang rasa puas..my next trip to Bali i wanna go Uluwatu, Bedugul, Kecak Dance, Jimbaran Beach, Lovina, dan semestinya jalan kaki pusing the whole Kuta..heeeeee!

Okay, until next post guys!

For your budget to Bali, here's mine as guideline:

1. Flight Ticket --> RM209 Return Ticket
2. Hotel --> RM56 for 2 night stays
3. Luggage --> RM46 for KL-Bali-KL-JB
4. Tour Guide --> RM100 for 3 days tour including airport transfer
5. Food --> RM140 for 1x breakfast, 3x dinner & 3x lunch & etc.
6. Entrance Fee & Ticket -->RM40 for Tanah Lot Temple, Barongan Dance, Kintamani
7. Souvenir --> RM100
8. Airport Tax --> RM45

10 things about Bali:

1. Orang Bali memang kuat agamanya, every morning they will pray and serve their god with the offerings before work.

2. Kedai yang ada offerings di depan pintu tu maksudnya kedai orang Bali, so senang nak kenal pasti kedai orang Bali atau Jawa. (kalau nak cari kedai makanan halal).

3. Bali terkenal dengan Sunset yang cantik & aktiviti surfing sebab ombak nya kuat!

4. Kerajinan orang Bali atau industri orang Bali ialah ukiran kayu, lukisan, percetakan batik, perhiasan emas & perak, crystal, dan macam-macam lagi..hasil seni diorang memang cantik!

5. Terdapat banyak pura/kuil hindu di Bali...memang bersepah-sepah dan di sekeliling Pulau Bali

6. Kalau ke Bali, wajib rasa jus buah-buahan...jus kat sini sedap & tiada campuran..Jus Alpokat memang wajib rase!!

7. Ayam Goreng/Ayam Bakar/Ayam Pop makanan wajib yang harus dicuba...sosnya sedap sangat, pedas dan manisnya balance...manisnya bukan manis gula tapi manis tomato, ditambah dengan rasa pedas yang mencabar! memang tak boleh lupa sampai ke Malaysia :P

8. Di Bali, hon sangat berguna..nak memotong kena hon dulu bagitau..weh, aku nak potong ni,jaga-jaga..hehe!

9. Pada hari raya Bali, ba alip ba ya di potong kerana sifat malasnya..dimasak dan dimakan beramai-ramai..tu hari raya orang hindu di Bali

10. Servis di rumah makan/restoran di Bali memang sangat slow...kalau korang lapar tahan gaban, sabaaarr itu separuh daripada iman :)

Wassalam
MiszJayM

2 comments:

  1. Kapan mau ke bali lg mbak? ayohh la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha! bisa ajaaaa..katakn kapan? katakan kapan?

      Delete