10.06.2013

Doha Trip, The Big Tree



The Corniche


Assalamualaikum...

Jom continue sharing my Unexpected Journey to Qatar! Continue from my previous entry :)

After we all safely landed pagi tu..serius kitorang membuta kepenatan, mengantuk sangat..teruss Zzzzzzz sampai petang...kalah jet lag orang gi US! hehe!

HARI PERTAMA

Petang tu, bermula la pengembaraan kami…first destination is Qatar International Food Festival 2013! Superb Event!

QIFF 2013



The Entrance is free!

Macam-macam makanan ada kat sini yang penting kena ade kupon…nak kupon, kenelah beli…average price for the food pulak from QR5-QR25 camtu lah lebih kurang..(note: QR5 = RM5.50 la plus minus) QR stand for Qatari Riyal. Kalau QR5 tu korang boleh dapat macam contohnye 2 slice kek yg kecik saiz lebih kurang 2 x 2 inci macam tu…QR20 / QR25 above baru boleh dapat one dish macam beef kebab (Roti kebab + daging grill) or yang lagi best daripada tu…mahal kan? Food kat Qatar memang seriiuuss mahal…sekali makan untuk seorang normally around RM50 la..tu pun depends makan ape..
What impressed us at the beginning was this….

Dine in the sky!

QR500 for enjoying 3 course meal dinner up in the sky..kemainn Qatarian dah kaya sangat tak tau nak spend duit macam mane...meh la baik bagi ak duit kalu dah kaya sangat kan..hehe! Abg ngah inform ak, Qatarian kalu kahwin dapat QR1 Million okeh..biasanya diorang buat rumah baru cantik-cantik..rumah diorang cantik-cantik pagar tinggi tak nampak pintu rumah..pastu kalu foreigner set up business kat sini, 40% profit jek diorang dapat, lagi 60% bagi kat Qatarian…manela diorang ni tak kaya rayaa..kan? Untunglaaaa :P

Okey sambung citerr ak pulak..kat Qatar Food Festival ni ade food dari macam2 negara..Qatar, Turkey, Vietnam, Thailand & macam2 la..sume hotel kat Doha ade booth kat sini, so boleh rase macam2 makanan.
Jom picnic!
Qatarian enjoy their food
Nasi Lemak by The Holiday Villa, Doha
Grilled Quails
HARI KE-DUA
So the next day, we follow abg ngah to the market early in the morning..jom tengok aca anerr pasar orang Qatar yee?

Kedai Jual Daging

Kedai Jual Ayam Segar
Haaa..tgk kedai jual ayam ni..ok, nak berape ekor? 2 ekor…zasss die tangkap ayam dalam reban (reban tu tmpat letak ayam tu…cam sangkar) , sembelih…celup air panas bagi bulu lembut, buang bulu…ok dah siap!!!! Erkkkk! Ak cam…mulut ternganga, letak jari telunjuk kat dagu, tolak ke atas tutup mulut! Within a second jek dah setel ayam tu…ok,fine! Jom cari ikan & sayur!
Seaaaaaafooooood!
Sayur yang cantik tersusun rapi!
Bersih jek pasar diorang weh! Kalu air bertakung sikit die kaut guna pengaut air, xde pun lecak2 air bertakung..tempat sayur pun bersih, susun cecantik jek…neat, clean & tidy! Kene contohi ni...kan?

Petang pulak kitorang start hunting for abaya…ramai kaum keluarga, sahabat handai kirim abaya..ade nak macam ni, ade nak macam tu..fenin!!! Pulak tu sume abaya yang jual kat sana saiz minah2 Qatar yang badan besar..orang Malaysia kan kecil molek comel lote, petit gtuuu, jenuh jugak la nak mencari saiz & pattern yang sesuai..sbb pattern die macam2 & berbagai...sampaikan pattern kat bahu ala2 kasut Louboutin yg ade duri tajam tu pun ade wehhh! Tak boleh bayangkan kalu pakai kat Malaysia..haha!

Dah penat cari abaya, malam tu kitorang enjoy Qatarian delights kat Shater Abbas, Hyatt Plaza

Ini SEDAP!
 HARI KE-TIGA

Third day...next destination --> SOUQ WAQIF! yeaaaayy! suke sangat Souq Waqif ni...Souq Waqif ni maksud die lebih kurang 'Stop Market' (kalau ak tak salah la eh), so lebih kurang cam pasar atau nak senang lagi tempat shopping! macam-macam barang ade jual kat sini..dari pelbagai jenis kekacang, rempah ratus, coklat, baju, jubah, periuk belanga, barangan antik, karpet/rug, kain cotton dan macam2 lagi...lepas tu ade restoran jugak...dah penat shopping boleh minum-minum lepak...happening kat sini...siang ramai orang datang shopping, malam pulak ramai orang datang makan, minum sambil borak-borak & ber'syisya'..haiishhh, berjam-jam duduk sini pon xbosan (kalau duit terlebih..hehe!)

Jom cekidout!

I bought Rose & Camomile for tea :)

Let's go nuts!!! hehe!

Antiques

Carpet oh Carpet
 Another reason why i like this place is it's building and architecture! macam dalam game 'Prince of Persia' wehh!! cantikkkk! ade kayu-kayu terkeluar tu...sebijik cam dalam game tu...hehe! Dulu mase ak kecik, abg ak la yang suka main game tu...ak tumpang tengok jek ;)

'Prince of Persia' view with Emiri Guards
Beautiful!

Feed the pigeons!
The walkway
 One thing yang ak terkejut, Public Toilet dia...mewah gile hokeh! tak sempat nak snap gambar mase tu (Yelah, takkan gambar toilet pun nak snap..hello!) marble sume weh and it's Publis Toilet tau...shall i repeat it again..it's Public Toilet..siap ade sorang cleaner yang uniform dia macam pekerja kat hotel and all the time duduk dalam toilet mewah tu...lepas sorang keluar toilet jek, die terus lap lantai...memang bersih gile die jage...mase ak masuk tu takde org & cleaner tu tengah duduk, die terus bangun..and berdiri...pastu die tunggu ak habis guna toilet...bagus nya..Public Toilet kat tempat lain ak takde masuk pulak so tak tau macam mana...

Lepas tu terserempak pulak dengan satu group kindergarten kids yang tengah buat trip dengan cikgu die..diorang soooo cute sebab each of them carry a pet dalam cage yang diorang beli kat situ..ade little rabbit, little chicken, little hamster & little fish...yang cute nye...little chicken ade banyak warna, kuning, pink, biru...comel!!!


Cute little girls!
That night we have gondola ride kat The Villagio Mall, shopping complex paling famous kat Doha ni...macam signature mall la kot...hehe! Villagio Mall ni decoration die cantik sebab ade sungai kat tengah-tengah untuk Gondola Ride, kalu kat Malaysia ni dulu kat The Mines ade water taxi, now tak tau ade lagi ke tak..lepas tu kat sini ade bridge at certain distance...kat ceiling die, ade corak awan yang konon nye tak ada roof la...scenery cantik..so, enjoy shopping moment!

Gondola Ride


Then we all have light dinner at The Apple Bee's :)


HARI KE-EMPAT
Jom pusing2 City of Doha lagi...hari ni kite pergi City Centre pulak...layan view & scenery jek hari..before sambung cari abaya lagi...hehe!

The City Centre of Doha

HARI KE-LIMA

Hari melepak dirumah sebelum ke The Pearl, Qatar..tempat ni tempat moden cam ala-ala Putrajaya yang well-planned tapi high class la...ada apartment, shopping complex, restaurant, mosque & marina bay yang ala-ala Puteri Harbour & Danga Bay kat Johor..kat sini sahaja foreigner dibenarkan beli property..kat area lain tak boleh..bagus kan..Qatar sangat protect hak Qatarian supaya tak jatuh ke tangan foreigners..good2! View kat sini cantik...apartment style italy yang macam little venice, marina bay yang ade boat2 mewah besar2..kaye betul la siape yang ade boat kat sini...masjid pun cantik, depan masjid ade menara pigeon holes..awesome! Nak tau tak hari tu drop by kejap satu kedai cupcake ni..beli la 3 cupcake..worth QR50...peeehhhhh!! 3 cupcake harga RM45 mak aaiiii! Tercekik eden! Baik la beli cupcake kat Wondermilk, Damansara Uptown! heeeee ;) We end our day with a delightful dinner at L'wzaar Seafood Market Restaurant, Katara Cultural Village.

The Pearl Apartments...little venice in Doha ;P
The Marina Bay, The Pearl Qatar
Pigeon Holes At Katara
Recycle items to build sculptures
Panorama View at Katara Cultural Village


HARI KE-ENAM

Jom gi padang pasir naik untaaaaaaa! hehe! Unta sini gemuk2, so xkesian la kalu nak naik pusing2..tinggi wehhh! gayat & rase nak jatuh...scary jugak la...huhu!

Encik Unta!

Camel ride!

And we had an awesome jump shot in the middle of Sand Dunes! Jyyyeeaaahhhh! Ayahku sangat ohsemm seperti bersorak JDT menang piala Malaysia..hahahah!


Awesome JumpShot yang tak berape nak jump sangat!


HARI KE-TUJUH

A journey to no where :P Lepak dirumah, makan, tido, bahagia sangat!


HARI KE-LAPAN

Have a sweet chat while having a cup of macchiato coffea & snacks with cold night breeze at Le Gourmet, Souq Waqif (I Love Souq Waqif :P)

Chit Chat


HARI KE-SEMBILAN

It's our last day (for this trip, hoping this is not my first and last holiday trip to Doha..hehe) here, so just enjoying Abg Ngah's beautiful, pampering crib..coz all we do is eat, sleep, eat, sleep...walawehhh! sebulan duduk sini boleh gemuk mendadak ok...nasib baik kat clubhouse ade gym & swimming pool...sempat ke gym 2 times...kalu tak ada angin berpasir memang sudah ku ajak Zahra terjun dalam swimming pool tu...heee..we went to Zahra's school that afternoon and she's really happy because her aunt, atuk & nenek went visit her school..she will start new school after summer break..May Allah bless her always, my cute, gorgeous, clever and smart little girl, Zahra Umairah...I still can remember her face when she reached home and saw our luggages are at the door for our night flight...she was sad! It's ok, we will come again next time In shaa Allah ;)

My little cutie pie!
Bye DOHA...Ilalliqa' M'assalamah :)
Sunrise


HARI KE-SEPULUH

Reached MALAYSIA, tanah airku yang tercinta...savely! Till our next holiday trip! peace yo!

10 things about DOHA, QATAR :

1. Negara padang pasir yang sangat berpasir, rumah dicat warna pasir, lepas ribut pasir semua bangunan ibarat kereta aku lepas balik dari site meeting..ihik!

2. Para pemandu di sini memang mempunyai keyakinan yang amat tinggi sebab masuk roundabout dgn yakin takkan kena langgar dengan bantuan hon yang dibunyikan bertalu-talu..scarryy driving kat sini kalu tak biasa..orang yang cipta hon mesti bangga sebab setiap hari dibunyikan :)

3. Walaupun cuaca kat sini selalunya panas dan kering, kat roundabout, mereka akan tanam pokok bunga secara berperingkat. Kalau dah layu, ganti baru, tanam baru..dan pokok-pokok di tepi jalan raya dilengkapi dengan sistem penyiraman dimana paip ditanam dalam tanah supaya pokok-pokok sentiasa segar.

4. Oh yaaa...jalan rayanya terbalik dengan Malaysia....kalu Malaysia lane laju sebelah kanan, di Qatar lane laju sebelah kiri sebab jalan sebelah kiri adalah jalan dari arah bertentangan dan kita drive di jalan sebelah kanan...faham ke? hehe!

5. Menurut my bro, kalau foreigners nak setup business kat Qatar, 60% of the profit belongs to Qatarian, foreigners cuma dapat 40% sahaja.

6. Kalu Qatarian get married, the government will give QR1 Million to the newly weds...besssstnyeee!

7. Don't ever messed up with Qatarian, once they bring you to the authority/court, you can be exiled from Qatar and may be blacklisted...watch out! Qatarian always right :P

8. Qatarian sangat kaya raya..mostly kereta diorang GMC, Chevrolet, Lexus, Volvo, & most of them are 4WD yang besar2 sebab diorang bawak ganas sikit and senang nak redah padang pasir.

9. Rumah-rumah diorang semuanya berpagar batu yang tinggi dan takkan nampak pintu rumah diorang atau orang keluar masuk macam di Malaysia

10. Kalau rumah orang-orang kaya, entrance dia ada satu bangunan untuk living hall for guest. So, kalu rumah bersepah takde la terkocoh-kocoh nak kemas bila guest datang kot..hehe!

Wassalam
MiszJayM

SWEET MEMORIES :)

No comments:

Post a Comment